BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 28, 2008

KENANGAN LALU....( my 1st inspiration)

1
“ Kau siapa , berani kau rampas dia dari aku !”
jerit suara asing.Nurul Ain masih terpinga- pinga ,dia tidak tahu kenapa suara itu memarahi dirinya
“ Kalau kau tak nak sesuatu yang buruk menimpa kau, baik kau tinggalkan dia” marah suara asing itu lagi.Nurul Ain yang tidak tahu apa-apa tentang punca pergaduhan itu ,cuba mempertahankan dirinya , namun akhirnya dia yang terjatuh di tolak suara asing itu.
“Aduh ! aku mimpi rupanya” Bisik Nurul Ain sambil tangannya menggosok punggungnya yang sakit itu.
“Apalah agaknya petanda mimpi aku itu, harap-harap tak ada apa-apa yang berlaku”.
Nurul Ain yang mula bimbang tentang mimpinya masih mampu tersenyum bila mengenangkan apa yang di mimpikan olehnya tadi.
“Dah lambatlah” sambil melihat jam di dinding yang menunjukan jam 7.00 malam.
“ Alamak ! aku belum solat Asar lagi lah, tu lah akibat tidur waktu petang.” Bantah Ain.
Tanpa berlengah lagi Ain terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya dan terus solat maghrib.Pada malam itu entah kenapa Nurul Ain merasakan hidupnya begitu membebankan keluarganya yang hidup dalam kemiskinan.Dia merasakan dirinya seorang anak yang tidak berguna kerana tidak dapat membantu ibubapanya .
“ Apalah yang dapat aku buat dengan benda ni?”Kesal Ain sambil memegang keputusan peperiksaan STPM yang dia perolehi.Akhirnya Ain terlena sambil di tangannya masih memegang erat slip keputusan itu.


* * * *

2

“Tuan! Bangun tuan , dah pagi ni,tuan tak pergi kerja ke?”Mak Lijah bersuara perlahan .
“Mak Lijah jangan ganggu saya , boleh tak! Saya penat ni”.Jerkah Zafriel Zafwan.
“Tapi…..”
“Tapi apa lagi , saya kata pergi,pergi ajelah!”Marah Zafwan lagi.
Sifat keras hati Zafriel membuatkan mak Lijah beralah dan berlalu pergi . Zafriel masih di buai mimpi yang indah setelah dirinya kepenatan kerana semalaman dia menghabiskan masanya dengan teman – teman di pub.
“Mana Zafriel, Mak Lijah? Tanya Datin Mastura.
“ Masih kat atas, Datin”
“Kan saya suruh kejutkan dia ?”
“ Dah , tapi dia kata , dia penat.”
“Apa yang dia buat semalam sampai penat sangat.”Bisik hati Datin Mastura yang hairan
dengan perangai anak tunggalnya itu.
“Tak apalah Mak Lijah , biar saya saja yang kejutkan dia.”
Datin Mastura berjalan perlahan menuju ke bilik Zafriel Zafwan . Apabila sampai saja di pintu bilik , Datin Mastura dengan perlahan membuka daun pintu anak lelakinya.Dengan penuh khusyuk Datin Mastura memerhatikan anaknya, tidak sampai hati Datin Mastura untuk mengganggu tidur anaknya.
“Eh , macam mana ni , nak kejutkan atau tak. Kalau tak kejutkan nanti di marahi papanya pulak , tapi ……, “ Rungut Datin Mastura yang serba salah.Akhirnya Datin Mastura ….
“Eh , dah bangun , ibu baru nak kejutkan Zafriel. “ Kata Datin Mastura apabila mendapati zafriel sudah tersedar.
“Cepat pergi mandi, papa dah tunggu kat bawah. Jangan lama- lama nanti papa marah.” Pesan Datin Mastura sebelum keluar dari bilik anaknya.
Zafriel bergegas turun ke meja makan dan mendapati papanya sudah berada lebih awal darinya .
“ Kenapa lambat ? Soal Dato’ Mohamad dengan nada yang tegas.
“ Ehm…….”
“Sudah ! jangan nak bagi alasan yang papa tak boleh terima.”Tegas Dato’ Mohamad lagi.
“Hari ni papa nak kau pergi tengok tapak projek kita.”
“ Tapi , Pa …. Saya ada urusan lain lah hari ni , esok lah saya pergi”.
“ Urusan apa lagi yang belum kau selesaikan ? “
“Em urusan …….urusan………” Zafriel tergagap-gagap mencari alasan untuk mengelakkan dirinya ke tapak projek itu.
“ Papa tak peduli, kau mesti pergi”. Dato” Mohamad terus pergi setelah memberitahu anaknya apa yang di inginkan. Manakala Zafriel membatu tidak berpuas hati dengan papanya.Zafriel mengambil keputusan untuk tidak ke pejabat.
“Hello Lin , kita keluar “. Zafriel menelefon teman wanitanya
“ Boleh!” Jawab Linda dengan perasaan yang amat gembira.Baginya Zafriel adalah seorang lelaki yang mudah untuk diperkenakan dengan kemanjaan dan belaiannya.Manakala bagi Zafriel, Linda adalah segala – galanya dan sanggup lakukan apa saja demi Linda. Pernah sekali Zafriel di tahan di penjara kerana telah memukul seorang lelaki yang cuba mengusik Linda.
“Zafriel nak ke mana tu ? Tanya Datin Mastura.
“ Keluar , Bu “. Jawab Zafriel ringkas.
“ Zafriel tak kerja ke ?”.sambung Datin Mastura
Zafriel tidak menghiraukan pertanyaan ibunya dan terus keluar menjemput Linda.
“Kita nak ke mana ni bang?” itulah panggilan manja Zafriel di bibir Linda.Zafriel begitu menyenangi panggilan itu.
“Hari ini abang bagi Lin buat keputusan, Kemana saja Lin nak pergi abang ikut.”
“Betul ke ni,bang “.Tanya Lin inginkan kepastian.
“Betul , abang tak tipu”. Jawab Zafriel yang inginkan Linda gembira.
Setelah berpuas hati dengan kata-kata Zafriel, Linda membuat keputusan untuk pergi membeli belah.Mereka membuat ’ survey ’ di setiap kedai yang ada di KLCC itu , sehinggalah Linda menjumpai barangan yang hendak di belinya.Mereka menghabiskan masa sehingga lewat petang sehingga lupa untuk solat Asar.
“Bang , jom kita pergi makan!”. Ajak Linda yang sudah kepenatan .
“ok , aje. Tapi kita nak makan kat ner?”Mereka berjalan mencari restoran yang sesuai untuk memenuhi kehendak nafsu makan mereka.
Setelah memenuhi kehendak nafsu makan mereka, Zafriel menghantar Linda pulang.
“Kau ke mana Linda , baru sekarang ingat nak balik rumah?”Marah ibunya.
“Linda keluar dengan Zafriel mak.”Bela Linda.
“ Keluar dengan Zafriel! Orang lain keluar jugak tapi tak balik lewat macam kau pun.!”Puan Maimon marah lagi.
“Sudahlah ! Lin dah bosan dengar mak membebel perkara yang sama .Lin tahu lah jaga diri , mak tak usah risau”.Kata – kata terakhir sebelum Linda masuk ke bilik.


*****************

Sunday, October 19, 2008

my luvly brother.....mmmuuuuahhhh....



my inspiration.....

good luck tuk adik yang nak g pertandingan menari kat pahang....cayok!!!!

ruginyer...aku tak cuti time ni..klu x blh join sekali tgk adk aku....

Saturday, October 18, 2008

renungan dan selingan






Hayati dan fahami....

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail,

hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....

Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
Mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...

Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....

Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....

Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak
dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,

Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
Janganlah menganggap ia begitu teguh....

Cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak....
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
Janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan

kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.

Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....

Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu.Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak,

kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain

Kamu juga yang akan menyesal.....

LAILA’S LOUNGE-MAWAR KHAYALAN

Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya
Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Seluas laut yang terbentang
Dan buihnya terapung di awangan
Derita, derita yang mencengkam
Cuba untuk aku bertahan
Dimana oh wajah yang berkeliaran
Sungguh kudamba kehadirannya
Oh mawar khyalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya…
Semua yang jadi tanda tanya
Buat hatiku tak keruan
Dia oh wajah yang berkeliaran
Aku, kudamba kehadirannya
Oh mawar khayalan
Bawaku terbang tinggi
Jauh rentasi awan
Dari duniaku yang hampa
Kecewa tak bermakna
Semua hanyalah tipu daya
Modenisasi hanya
Untuk haiwan di rimba
Globalisasi cuma
J adi tuan si hamba
Ooo monarki untuk apa
Badut-badut istana
Lalalala.....
Oh mawar khayalan

testing

1st time cube post